Sunday, August 17, 2014

Menu Pertama Perindu Sepi - Ikan Kembong Masak Tauchu

Assalamualaikum, 
Sawadee Karp, Karp Thaktay cak Surathani

                      Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun aku merantau mencari rezeki di sini. Sepanjang itu juga lah tiap-tiap hari aku makan masakan Thai yang dibeli berdekatan dengan ofis aku. Lunch tiada pilihan bagi aku selain nasi goreng- kao pad talay, kao pad nea, kao pad , kao pad.. sampai naik jemu aku di buatnya. Makan malam baru lah menu aku pelbagai. Dalam kepelbagaian itu pun aku dah naik jemu sampai selera aku naik mogok di buat nya. Sehingga waitress yang cantik mulus terpaksa teman aku duduk untuk menunggu order dari aku. Makin lambat la aku membelek buku menu. Kalau di Malaysia makan masakan Thai seminggu sekali, sebulan dua kali, masih ok lah, tapi kalau dah hari-hari, Tom Yam, kalau dah hari hari Kengsom, kalau dah hari hari kao pad, naik mogok selera dan tekak aku ni. Rindu gak aku dengan masakan lemak, sambal, kari, tau chu dan sebagai nye lah. 
                     So, minggu lepas aku membuat keputusan nekad untuk memasak sendiri. Jadi, sudah seminggu aku memasak. Aku memang boleh memasak, maklum lah aku dah mula memasak untuk anak tekak aku ni sejak umur 19 lagi, masa belajar di USA. jadi aku tak kekok untuk pegang senduk, tak janggal nak pegang sudip dan sebagai nya. 
                     Setelah mendapat kan segala bahan bahan yang aku perlu kan, menu pertama yang aku masak ialah kari ayam. Phewww.. kira terangkat la malam tu aku makan. Tak terbayang pun awek waitress yang cantik mulus tu di fikiran aku. Malam kedua menu utama aku, Siakap Stim Halia. Malam ketiga aku masak Siakap 3 Rasa.. Punya laa aku enjoy makan, tak terfikir nak buat blog tulis pasal menu dari seorang perantau ni. Cuma pagi tadi aku terfikir. Boleh juga Blog ni buat teman kan aku di malam hari. Sudah tiada waitress cantik mulus meneman kan aku tiap-tiap malam.
                     Menu untuk malam ni, aku masak, jeng..jeng...jenggg..

                                            Ikan Kembong Masak Taucu

            Ini lah masakan utama aku untuk malam ini selain Krengkeng Kacang Panjang

Bahan-bahan untuk  Ikan Kembong Masak Tauchu:
  • 3 ekor Ikan Kembong
  • 3 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang merah di bahagi 2
  • Sebiji bawang besar juga di bahagi 2
  • 1 biji Cili Hijau atau Cili Merah
  • Segenggam Cili Padi.. hahaha.. gurau jer.. 4, 5 biji jer
  • 4 sudu tauchu yang di bilas supaya tidak terlalu masin
  • 2 sudu asam jawa
  • setengah sudu camca gula, garam
  • 5 sudu kicap cair atau pekat

Cara-cara memasak;
Ikan Kembong yang telah disiang, di letak kunyit dan garam  di goreng. Jangan terlalu garing sebab tidak akan terasa kuah tauchu meresap kedalam isi ikan itu nanti.
  • Setelah ikan siap digoreng, pasti kan anda menghidu ikan yang masih panas dengan aroma gorengan yang lazat untuk membuka selera anda untuk tidak sabar menunggu masakan siap dihidang. 
  • Panas kan kuali serta masuk kan 3 sudu minyak masak. 
  • Setelah minyak panas, masuk kan ricihan bawang putih, bawang merah dan goreng sehingga bau harum semerbak sebelum memasuk kan tauchu yang telah dibilas. setelah 5 minit, masuk kan pula kicap cair atau pekat sebanyak 5 sudu. 
  • Kemudian masuk kan pula bawang besar dan cili hijau/merah
  • Biar kan selama 5 minit sebelum memasuk kan ikan kembung yang telah di goreng tadi.
  • Wallaaaa... sila lah menjamu selera.

No comments:

Post a Comment