Wednesday, August 20, 2014

Pla Thu Pla Kaeng Ikan Kembong Masak Kari

Assalamualaikum & sawadee karp!

Feel a bit edgy today, is it weather? is it people? or is it my loneliness has finally caught up with me and making me crazy today. Wait....oh yeaahh, I know... it must be all the Malay cuisine I have been cooking since last week. That is it!! How am i going to tell you... how? as to how I feel,..
Ermmmm... have you ever been far away for so long so much so that you feel you neither here nor there? Feeling that you are not accepted here at the same time not needed there? That's how I feel right now. Forget whether I am right or wrong, I just feel like that for no obvious, not-making-sense reason. Is it self pity? U huh...well need to put my feeling and luv into my today's cooking...
So without further a due, I am presenting to you..

                      Pla Thu Pla Kaeng Ikan Kembong Masak Kari




Bahan-bahan nya:
  • Ikan Kembong 2 ekor yang telah tidak bernyawa dan telah di siang dan dikerat
  • Rempah ratus seperti bunga lawang, kayu manis, jintan (ini jer yang aku ada)
  • 5 sudu rempah kari Babas/Alagapas/Adabi yg di larutkan di dalam sedikit air menjadi paste kari.
  • Setengah kotak coconut milk - santan segera la ni
  • 2 biji kentang di kerat di belah 6
  • 2 Cili Hijau/Merah di belah atau di kerat
  • 1 batang Carrot merah di belah dan di kerat mengikut suka hati
  • 4 ulas bawang merah di cincang cincang
  • 1 ulas bawang putih juga dicincang cincang
  • Asam jawa sebesar kelingking di penyek penyek di dalam sedikit air suam
  • secubit garam & gula 
  • Serbuk cabai 5 sudu.. pedaih aihhh... sesudu kecil cukup ahhhh
  • 5 sudu besar minyak masak 



Cara-cara memasak kan nya:
  • Rempah ratus digoreng di dalam minyak 5 sudu yang sederhana panas dengan tidak gelojoh sehingga aroma menyucuk hidung
  • Kemudian masuk kan bawang merah dan bawang putih sehingga aroma bertambah tambah dan terbang kerumah jiran
  • Baru lah kari paste dan serbuk cabai di masuk kan dan di kacau selama 10 min 
  • Masuk kan ikan kembong yang telah diurut urut bagi membuangkan kembong nya itu pada kadar yang cukup supaya ikan menyerap kari terlebih dahulu kedalam isi nya.
  • Campak kan ubi kentang kedalam periuk atau kuali. Pasti kan periuk/kuali yang kita campak adalah yang betul.
  • Masuk kan air asam jawa dan cili merah/hijau
  • Masuk kan santan serta gula dan garam secukup rasa sesedap anak tekak kita.
  • Setelah selesai anda dipersilakan untuk menunggu selama 7 minit.


Selamat menjamu selera. Aroi Mak..!





Sunday, August 17, 2014

Menu Manna Wa Sal Wa Aroi Mak Mak


            manna wa sal wa sepi ku..

tiadakan pernah ada  kata kata..
secantik nya bahasa cinta ..
menjadi hidangan manna wa salwa..
bagi santapan sepi ku yang dahaga..

tiadakan pernah ada nya bahasa..
yang seindah nya lukisan cinta..
menjadi hidangan halwa dan manna wa salwa..
bagi titipan  siperantau sepi yang berkelana..

tiadakan pernah aku mampu berkata...
apatah lagi aku berbahasa..
mampu ku hanya bersyukur pada... 
santapan untuk cinta kita..

suapan halwa juga manna wa salwa ..


Assalamualaikum  & Sawadee Karp. Sabai di mai? 

Teruntun kah anda dengan puisi yang aku untai di atas sana?. Atau kah anda merasa lapar bila membaca nya? Apa pun, bersedia lah untuk teruntun dan berselera dengan menu yang aku sedia kan untuk hari ini.
Tadaaaaa.....

               
      Ikan Siakap Masak Lemak Kreng Keng



Bahan-bahan nya adalaahhhh...drumm roll please!!

  • Seekor ikan Siakap Senohog Mak Iloi2 (hehehe.. ikan Siakap segar la tuuu)
  • 4 ulas bawang putih di mayang halus
  • 3 batang cili hijau atau merah
  • 2/3 cili padi berlari (hehehe)
  • 1 sudu serbuk kari ikan Allagapas
  • 2 cubit serbuk perasa
  • 2 sudu serbuk cili cap "baik punye"yang di letak air menjadi paste
  • 2 sudu besar santan 
  • 3 sudu besar minyak masak
  • 2 sudu air asam jawa
  • secubit gula
  • daun salad untuk perhiasan supaya ikan kita kelihatan anggun & menarik.


Cara-cara Memasak

  • Ikan siakap yang sudah siap di siang, di perap dengan garam, serbuk kunyit dan lada hitam kemudiannya di goreng. Gorengan jangan lah hendak nya terlalu garing kerana isi ikan tidak akan menyerap kelazatan kuah yang dimasak
  • Setelah ikan siakap siap digoreng, panaskan kuali dan tuangkan minyak serta mulakan dengan gorengan bawang putih.
  • Setelah naik baunye, masuk paste serbuk cili dan kemudiannya serbuk kari serta air asam jawa
  • Masak selama 5 minit sebelum memasuk kan santan. 
  • Masuk kan garam secukupnya.
  • Setelah itu masuk kan pula santan dan masak selama 10 minit. 
  • Masuk kan cili hijau atau merah sesuka hati anda
  • Tambah gula, serbuk perasa atau garam secukup rasa.
  • Setelah berpuas hati, maka tuang kan kuah yang dimasak tadi ke atas ikan siakap yang telah tidak sabar2 menunggu di dalam pinggan hidangan.



Selamat menjamu selera. Bona petite! Aroi mak!






Menu Pertama Perindu Sepi - Ikan Kembong Masak Tauchu

Assalamualaikum, 
Sawadee Karp, Karp Thaktay cak Surathani

                      Sedar tak sedar sudah hampir 2 tahun aku merantau mencari rezeki di sini. Sepanjang itu juga lah tiap-tiap hari aku makan masakan Thai yang dibeli berdekatan dengan ofis aku. Lunch tiada pilihan bagi aku selain nasi goreng- kao pad talay, kao pad nea, kao pad , kao pad.. sampai naik jemu aku di buatnya. Makan malam baru lah menu aku pelbagai. Dalam kepelbagaian itu pun aku dah naik jemu sampai selera aku naik mogok di buat nya. Sehingga waitress yang cantik mulus terpaksa teman aku duduk untuk menunggu order dari aku. Makin lambat la aku membelek buku menu. Kalau di Malaysia makan masakan Thai seminggu sekali, sebulan dua kali, masih ok lah, tapi kalau dah hari-hari, Tom Yam, kalau dah hari hari Kengsom, kalau dah hari hari kao pad, naik mogok selera dan tekak aku ni. Rindu gak aku dengan masakan lemak, sambal, kari, tau chu dan sebagai nye lah. 
                     So, minggu lepas aku membuat keputusan nekad untuk memasak sendiri. Jadi, sudah seminggu aku memasak. Aku memang boleh memasak, maklum lah aku dah mula memasak untuk anak tekak aku ni sejak umur 19 lagi, masa belajar di USA. jadi aku tak kekok untuk pegang senduk, tak janggal nak pegang sudip dan sebagai nya. 
                     Setelah mendapat kan segala bahan bahan yang aku perlu kan, menu pertama yang aku masak ialah kari ayam. Phewww.. kira terangkat la malam tu aku makan. Tak terbayang pun awek waitress yang cantik mulus tu di fikiran aku. Malam kedua menu utama aku, Siakap Stim Halia. Malam ketiga aku masak Siakap 3 Rasa.. Punya laa aku enjoy makan, tak terfikir nak buat blog tulis pasal menu dari seorang perantau ni. Cuma pagi tadi aku terfikir. Boleh juga Blog ni buat teman kan aku di malam hari. Sudah tiada waitress cantik mulus meneman kan aku tiap-tiap malam.
                     Menu untuk malam ni, aku masak, jeng..jeng...jenggg..

                                            Ikan Kembong Masak Taucu

            Ini lah masakan utama aku untuk malam ini selain Krengkeng Kacang Panjang

Bahan-bahan untuk  Ikan Kembong Masak Tauchu:
  • 3 ekor Ikan Kembong
  • 3 ulas bawang putih
  • Sebiji bawang merah di bahagi 2
  • Sebiji bawang besar juga di bahagi 2
  • 1 biji Cili Hijau atau Cili Merah
  • Segenggam Cili Padi.. hahaha.. gurau jer.. 4, 5 biji jer
  • 4 sudu tauchu yang di bilas supaya tidak terlalu masin
  • 2 sudu asam jawa
  • setengah sudu camca gula, garam
  • 5 sudu kicap cair atau pekat

Cara-cara memasak;
Ikan Kembong yang telah disiang, di letak kunyit dan garam  di goreng. Jangan terlalu garing sebab tidak akan terasa kuah tauchu meresap kedalam isi ikan itu nanti.
  • Setelah ikan siap digoreng, pasti kan anda menghidu ikan yang masih panas dengan aroma gorengan yang lazat untuk membuka selera anda untuk tidak sabar menunggu masakan siap dihidang. 
  • Panas kan kuali serta masuk kan 3 sudu minyak masak. 
  • Setelah minyak panas, masuk kan ricihan bawang putih, bawang merah dan goreng sehingga bau harum semerbak sebelum memasuk kan tauchu yang telah dibilas. setelah 5 minit, masuk kan pula kicap cair atau pekat sebanyak 5 sudu. 
  • Kemudian masuk kan pula bawang besar dan cili hijau/merah
  • Biar kan selama 5 minit sebelum memasuk kan ikan kembung yang telah di goreng tadi.
  • Wallaaaa... sila lah menjamu selera.

Saturday, August 16, 2014

Salam dari aku, Seorang Perantau..

Bumi sudah hampir 2 kali mengelilingi matahari. Begitu lah lamanya aku di sini sebagai perantau. Rezeki Allah ada di mana-mana, tiada apa yang hendak di hairan kan. Jika mahu, aku boleh saja memilih kerja sebagai penoreh getah di kampung ibu ku. Aku boleh saja bekerja di 7 Eleven di pekan dekat rumah ku. Paling tidak pun aku boleh saja membuka gerai menjual minuman. Tapi aku memilih untuk mencari rezeki ku di sini. Ini lah yang di namakan takdir. Allah memperjalankan takdir dan kaki ku di sini. Maka di sini lah aku menumpang teduh di bawah langit Tuhan ku. 

Sawadee Karp dari Surathani Thailand