Sawadee Karp dari Surathani Thailand
Aku perantau yang merindui tanahair ku. Biar pun tuhan mentakdirkan aku menumpang di bumi asing ini, tetap lah kunjungi aku disini,tetap lah menemani ku tanpa jemu. Ku harapkan berkurang jua sepi di hati ku ini...
Saturday, August 16, 2014
Salam dari aku, Seorang Perantau..
Bumi sudah hampir 2 kali mengelilingi matahari. Begitu lah lamanya aku di sini sebagai perantau. Rezeki Allah ada di mana-mana, tiada apa yang hendak di hairan kan. Jika mahu, aku boleh saja memilih kerja sebagai penoreh getah di kampung ibu ku. Aku boleh saja bekerja di 7 Eleven di pekan dekat rumah ku. Paling tidak pun aku boleh saja membuka gerai menjual minuman. Tapi aku memilih untuk mencari rezeki ku di sini. Ini lah yang di namakan takdir. Allah memperjalankan takdir dan kaki ku di sini. Maka di sini lah aku menumpang teduh di bawah langit Tuhan ku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment